Thursday, January 1, 1987

Sejarah Kumpulan XPDC

Sebelum nama Tragedy ditukarkan kepada XPDC,pada tahun 1987,Kumpulan Tragedy telah diasaskan oleh Mael dan beliau juga selaku (Vokalis) serta kumpulan ini juga dianggotai oleh Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy(yang diasaskan oleh Mael) kemudian ditukarkan kepada XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Dalam album studio Darjah Satu,Amy bermain dalam semua lagu album studio itu.Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC (Sejarah XPDC dalam bentuk video di sini https://www.youtube.com/watch?v=lsHA8dQXhPI) Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC. Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 350,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC. Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa).Ali telah mula menggantikan Mael untuk persembahan pentas pada tahun 1998 selepas album Brutal.Selepas itu,Mael dengan bukan rela hatinya meninggalkan XPDC atas sebab-sebab dalaman dan persembahan pentas XPDC menggunakan Ali sebagai vokalis. Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi mereka Ali,telah membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang. Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Darjah Satu. Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (drummer asal Search) kembali bermain untuk Search. Pada tahun 2015, XPDC telah terpecah kepada dua band berpunca daripada kegagalan konsert Rockestra kerana isu yang tidak dapat dielakkan.XPDC telah berpecah kepada dua selepas itu. Mael, selaku pengasas XPDC mengambil keputusan untuk meninggalkan XPDC yang lineup pada masa itu (Mael,Lola,Izo,Eddie) kerana isu dalaman dan mencari anggota asal XPDC iaitu Zuar,Amy dan memanggil Jeff Giegiel sebagai gitaris untuk membentuk XPDC yang rasmi. Ali pula telah membuat keputusan untuk bersama semua dengan Izo dan kini kedua-dua band aktif membuat persembahan.Namun atas komitmen yang tinggi di tunjukkan oleh anggota-anggota XPDC yang lain, XPDC tetap berjaya kekal dalam persada muzik Malaysia dan Muzik XPDC tetap menjadi siualan ramai walaupun telah bertukar vokalis.